Keris ini dikurniakan kepada Sultan Ahmad
ibni Sultan Zainal Abidin III Terengganu semasa perkahwinan baginda. Hulu
gadingnya berbentuk Jawa Demam. Dihiasi dengan pendokok emas, suasa dan cincin
melawau yang diperbuat daripada emas dan bertatahkan batu permata. Mata keris
jenis bahari lurus disadur dengan warna keemasan. Sampir daripada kayu jenis
Semenanjung. Terdapat batir dan tuli-tuli. Sarung keris diterap dengan logam
perak berukiran dan mempunyai buntut jenis mata kapak yang diterap dengan emas.
0 comments:
Post a Comment