Memberi info tentang senjata-senjata yang terdapat dalam tamadun asia.

Friday, 15 May 2015

PARANG ILANG

01:22 Posted by Unknown 2 comments


Parang Ilang

Parang ilang ini kepunyaan Kanang Anak Langkau. Keistimewaannya terletak pada bahagian hulu yang berindah hias. Kebiasaanya parang ilang dari Sarawak seumpama ini berhulukan sama ada tanduk, gading, tulang atau kayu yang berukir. Pada bahagian belakang mata parang terdapat ukiran tajam yang menjadi ciri utama parang jenis ini. Ia membuatkan penggunaanya harus dilakukan secara berhati-hati supaya tidak mencederakan diri pengguna itu sendiri.

KERIS PEKAKA

01:14 Posted by Unknown No comments

Keris Pekaka pula sejenis keris yang memiliki rupa bentuk hulunya yang menyerupai kepala burung Pekaka. Lazimnya, hulu keris ini diperbuat daripada kayu dan tanduk. Tetapi ada kalanya logam perak juga digunakan. Jika dikaji dan diperhatikan dengan teliti, kita akan dapati bahawa hulu keris ini juga jika sekali imbas kelihatan seperti salah satu watak dalam cerita wayang kulit. Mata keris ini biasanya lebih panjang daripada keris-keris lain dan bentuknya pula ada yang lurus dan ada yang berlok. Selain itu, keris ini juga dikenali sebagai keris ‘Keris Ta Jong’.

KERIS MADURA

01:13 Posted by Unknown No comments

Keris Madura pada lazimnya mempunyai rupa bentuk hulu yang dihias dengan ukiran bermotifkan bunga yang diperbuat daripada gading. Keris ini juga jarang dilengkapkan dengan pendongkok dan hanya menggunakan sebentuk cincin logam yang dihiasi dengan permata. Sarung keris ini juga diperbuat daripada cantuman kayu dan adakalanya bahagian-bahagian sampir serta batangnya diperbuat daripada gading dan juga logam. Terdapat juga Keris Madura yang hulu dan pendongkoknya bertatahkan permata yang berwarna-warni. Mata keris jenis ini biasanya berkilat dan mempunyai pamur yang bercorak warna putih kelabu dan berlatarbelakangkan tanah yang berwarna kehitaman.

KERIS TAMING SARI

01:12 Posted by Unknown No comments

Keris Taming Sari ialah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar diudara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari. Keris adalah merupakan salah satu yang terdapat di jata negara yang megah khususnya kita sebagai rakyat Malaysia.Keris ini juga merupakan kebanggaan rakyat Malaysia,yang mana dahulu kala mempunyai sejarah tertentu mahupun asal usul.Terdapat banyak keris yang ada di negara kita tetapi yang paling popular pada zaman dahulu dan juga sekarang adalah yang dikenali sebagai Keris Taming Sari.Keris Taming Sari ialah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar diudara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari.